Saturday, 20 June 2015

SEJARAH PENUBUHAN PPKI SK SIONG


TAHUN 2002

Ø  Ditubuhkan pada 1 Julai 2002.
Ø  Dikenali sebagai Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP)
Ø  Menggunakan 1 kelas dI bangunan lama.
Ø  Dipelopori oleh Tn Hj Wahamid b. Hj Ahmad
Ø  Mempunyai 1 orang guru, 03 orang murid dan 1 kelas sahaja.
Ø Murid-murid terdiri daripada murid bermasalah pembelajaran,autisma dan disleksia di kawasan sekitar Mukim Siong.

TAHUN 2003

Ø  Mempunyai 2 orang guru dan 9 orang murid.
Ø  Telah berpindah ke bangunan baru di blok D
Ø  Guru-guru terdiri daripada Tn Hj Wahamid dan Pn Norhaslina.

TAHUN 2004

Ø  Mempunyai 2 orang guru dengan 9 orang murid. 
Ø  Pn Rohaiza bt Abd Razak telah melapor diri dari SK Siong pada 01.01.2004 
Ø Telah dipilih oleh Institut Perguruan Darul Aman sebagai tempat latihan praktikum untuk guru-guru pelatih.
Ø  Menerima tambahan guru Pn Noramizah Bt Jusoh.

TAHUN 2005

Ø  Mempunyai 3 orang guru , 20 orang murid dan 3 kelas sahaja.
Ø  Bangunan kelas Pendidikan Khas telah dinaiktaraf dengan dilengkapi lantai mozek, dapur dan kaki lima.

TAHUN 2006

Ø  Mempunyai 5 orang guru perempuan, 24 orang murid dan 3 kelas sahaja.
Ø  Penyelaras Pendidikan Khas Tn Hj Wahamid telah berpencen.
Ø  Menerima pelbagai lawatan daripada pihak luar seperti pelatih-pelatih instutut perguruan yang menjalankan pelbagai kajian tentang murid pendidikan khas, pihak Kementerian Pelajaran, JPN, Daerah dan orang perseorangan.
Ø  Menerima 2 orang Pembantu Pengurusan Murid Cik Mashitah dan Cik Nor Aziha.
Ø  Menerima seorang Guru PLBS.

TAHUN 2007

Ø  Mempunyai 5 orang guru, seorang guru PLBS , 23 orang murid dan 3 kelas sahaja.
Ø En Hamzah B, Haya memgang jawatan sebagai Penyelaras Pendidikan Khas menggantikan Tn Hj Wahamid yang telah berpencen.

TAHUN 2008

Ø  Mempunyai 5 orang guru, seorang guru PLBS, 23 orang murid dan 3 kelas sahaja dengan dibantu 3 orang Pembantu Pengurusan Murid.

TAHUN 2009

Ø  Pn Rokhiah dan En Riduan ditempatkan di kelas ini menggantikan guru-guru yang bertukar.
Ø  Mempunyai 4 orang guru, 18 orang murid dan 3 kelas sahaja serta 2 Pembantu Pengurusan Murid.
Ø    Seorang Pembantu Pengurusan Murid Pn Suriani telah bertukar keluar.
Ø    Projek Berkebun diperkenalkan dengan kerjasama waris.

TAHUN 2010

Ø  Mempunyai 4 orang guru, 3 orang guru dalam latihan ,18 orang murid dan 3 kelas sahaja serta 2 orang Pembantu pengurusan Murid.
Ø Projek Berkebun diteruskan dengan tanaman jagung, kangkung, bendi dan kacang panjang.

TAHUN 2011

Ø  Mempunyai 4 orang guru ,24 orang murid dan 3 kelas sahaja dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid.
Ø Cikgu Ahmad Faizal b Ahmad Zubir telah melapor diri pada 01.03.2011 sebagai Pen Kanan Pendidikan Khas.
Ø Kejayaan bersejarah telah dilakarkan apabila seorang murid Pend Khas telah layak mewakili Negeri Kedah dalam acara olahraga Pend Khas Kebangsaan yang dilansungkan di Stadium Kuala Lumpur.

TAHUN 2012

Ø Masih mempunyai 4 orang guru ,24 orang murid dan 3 kelas sahaja dibuka akibat kekurangan bilik.
Ø  Pembantu Pengurusan Murid, Pn Masyitah telah bertukar ke Daerah Sik.
Ø Pertengahan Januari 2012 telah menerima 3 orang guru baru dari Institut Perguruan untuk berkhidmat Di PPKI SK Siong ;
1. En Mohamad B Yahaya
2. En Mohd Hafiz b Zakaria
3. Cik Rohimah Bt Mohd Dahlan

Ø  Perpindahan keluar 3 orang guru iaitu En Riduan, En Hamzah dan Pn Rokiah telah berlaku pada bulan Feb 2012.
Ø  Kemasukan Pn Qamarina sebagai guru J-Qaf telah menambah ahli keluarga PPKI Sk Siong.
Ø  Sekali lagi kejayaan bersejarah apabila murid yang sama telah mewakili Negeri Kedah dalam Kejohanan Olahraga Pend Khas yang berlangsung di Stadium Kangar Perlis.

TAHUN 2013

Ø  Mempunyai 4 orang guru , 1 orang guru Jqaf dan seramai 22 orang murid sahaja.
Ø  Pen Kanan Pend Khas masih En Ahmad Faizal b Ahmad Zubir.
Ø Pada pertengahan Jan 2013 telah keluar seramai 6 orang pelajar untuk kesekolah menengah telah mengakibatkan penurunan jumlah murid. Mulai Feb 2013 murid yang tinggal adalah seramai 16 orang.

No comments:

Post a Comment